Kuala Lumpur, Apr.
Jumlah kematian akibat demam denggi bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini meningkat 58 peratus berbanding tahun lalu, dengan Selangor merekodkan lokaliti ‘hotspot’ denggi paling tinggi.
Terkini, tiga lagi kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 iaitu antara 24 hingga 30 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata sejumlah 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.
“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-13 adalah sebanyak 44,144 kes berbanding 28,587 kes bagi tempoh sama tahun 2023.





















