Kemalangan maut babit 7 kenderaan

Kuala Lumpur, Apr.
Seorang pemandu sebuah pikap maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 452.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tengah malam tadi.

Kejadian berlaku ketika cuaca hujan di laluan arah Selatan di antara Rawang menuju ke Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan maklumat awal Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, nahas kira-kira jam 11.45 malam membabitkan lima kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bas ekspres. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas di lorong kanan sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.

“Pada masa ini, pegawai perubatan mengesahkan pemandu pikap meninggal dunia manakala tiga lagi pemandu cedera parah.

Sementara itu, PLUSLine Trafik, menerusi laman rasmi aplikasi X memaklumkan Sehingga jam 12.46 tengah malam tadi, PLUS memaklumkan bahawa ketiga-tiga lorong iaitu lorong kanan, lorong kiri kedua dan lorong kiri masih terhalang dan kesesakan dilaporkan berlaku sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here