Orang ramai berang kartunis hina Dr Noor Hisham

Ketika Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai ‘antara doktor terbaik dunia’, lain pula halnya dengan seorang pereka grafik kontroversi, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Dia telah mengundang kemarahan orang ramai apabila memuat naik lakaran kartun menyerupai Dr Hisham di Facebook miliknya yang berada dalam mangkuk tandas dengan kapsyen “Please use the toilet”.

Karikatur mirip pakar kesihatan awam negara itu digambarkan dengan hanya muka tersembul manakala kedua-dua tangan memegang sisi mangkuk tandas seolah-olah cuba untuk bersembunyi.

Di sebelah mangkuk tandas duduk itu pula, terdapat imej pelitup muka di lantai dan bakul sampah yang di dalamnya ada kertas tertera perkataan SOP (prosedur operasi standard).

Imej seterusnya ialah seorang individu lengkap bersut hitam dan bersongkok dipercayai watak ahli politik yang sedang menolak kepala ‘Dr Hisham’ untuk terus masuk lebih ke dalam mangkuk tandas itu.

Untuk rekod, Dr Noor Hisham dinamakan sebagai antara trio wira Covid-19 selain Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Anthony Stephen Fauci dan Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here