Rumah terbuka Aidilfitri di KKB mungkin jadi kesalahan

Kuala Lumpur, Apr.
Bersih hari ini memberi amaran bahawa rumah terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Kuala Kubu Baharu, dijadualkan petang esok, mungkin melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Badan pemerhati pilihan raya itu berkata, acara itu akan diadakan pada hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dan melibatkan kegiatan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya.“Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan bawah Seksyen 10 (Penyogokan),” katanya dalam kenyataan.

Majlis rumah terbuka tersebut, yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Amirudin Shari, exco dan lain-lain, dijangka menarik kira-kira 25,000 pengunjung.Seksyen 8 dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya melarang pemberian makanan, minuman atau hiburan dengan maksud mempengaruhi pengundi, manakala Seksyen 10 melarang sogokan melalui pemberian wang, hadiah, atau insentif lain kepada pengundi atau bakal calon.

PRK Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei susulan kematian penyandangnya, Adun DAP Lee Kee Hiong, akibat kanser bulan lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here