Georgetown, Feb-
“Ini bukan kes buli. Jangan burukkan ATM (Angkatan Tentera Malaysia),” demikian kata ibu kepada anggota tentera, Truper K. Indiran, 22, berhubung berhubung spekulasi di media sosial yang mengaitkan kematian anaknya dengan unsur buli atau penderaan.
S. Usha, 52, berkata hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mendiang anaknya, sekali gus menepis kemungkinan bahawa anak sulung daripada empat beradik itu dipukul atau dicederakan.
Dia mengakui pada awalnya, dirinya marah kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai keadaan anaknya yang ditemukan tidak sedarkan diri ketika mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, Kuantan, Rabu lalu.





















