Sindiket ancam mahu bakar stesen minyak jika tak jual diesel bersubsidi

Kuala Lumpur, Apr.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan menerima laporan daripada pemilik stesen minyak memaklumkan mereka diancam dan diugut sindiket penyeludupan supaya terus menjual diesel bersubsidi kepada kumpulan terbabit.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata antara lain ancaman yang diterima pemilik dan pekerja stesen minyak terbabit termasuk sindiket yang mahu membakar stesen minyak dan merosakkan kemudahan yang ada.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan dan mahu stesen minyak lain sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang turut menerima ancaman sama, membuat laporan secara rasmi kepada KPDN dan mereka tidak perlu bimbang kerana maklumat dirahsiakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here