Gadis maut dihempap kontena terbalik

Bukit Mertajam, Nov-
Seorang gadis maut manakala seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.16 pagi itu, mangsa, Lee Zi Rou, 21 meninggal dunia di lokasi kemalangan ekoran kecederaan parah dialaminya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, PBK II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata,”Kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu tiga kereta dan dua lori termasuk sebuah treler. “Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala anggota kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Nor Azamuddin berkata, bagaimanapun wanita itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi. Difahamkan, mangsa yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja dan memandu kenderaan itu seorang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here