Kulim, Mei-
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan, Datuk G. Shankaran berkata lebih 80 peratus pekerja yang berkerja di Ladag – ladang di Malaysia adalah warga asing dan hanya 20 peratus pekerja domestik berkerja di Ladang.
Beliau berkata, memandangkan bilangan pekerja domestik di ladang adalah rendah, majikan memberi keutamaan kepada pekerja asing.
Mereka menawarkan pekerjaan yang menguntungkan kepada pekerja asing. Umpamanya pekerja asing diberi kerja memetik buah kelapa sawit.Buruh domestik hanya bekerja sebagai pekerja luar dan di kilang proses kelapa sawit. Oleh kerana ini mereka tidak mendapat gaji yang mencukupi. Tiada kerja memotong kelapa sawit.
Walaupun isu kenaikan gaji, masih didalam perbicaraan dalam mahkamah buruh, pekerja diberi 8 peratus kenaikan gaji melalui perjanjian interim. Majikan berkata bahawa mereka memberi mengikut keputusan mahkamah.
Ia hanya diberikan kepada pekerja ladang kelapa sawit. Sebaliknya, ia tidak diberikan kepada pekerja luar dan mereka yang bekerja di kilang kelapa sawit. Kenaikan gaji adalah harus melibatkan semua pekerja jadi tindakan ini nampaknya berat sebelah.
Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan berkata ia tidak akan menerima ini. Jika ia penyelesaian di luar mahkamah, kenaikan gaji perlu diberikan kepada semua pekerja. Kalau boleh kita boleh buat perjanjian Kalau tidak kita tunggu keputusan mahkamah.
Kes itu akan dibicarakan di mahkamah pada 11 dan 12 November tahun ini. Banyak tuntutan telah dibuat di mahkamah, seperti bonus Hari Raya.
Ketika ditanya wartawan sama ada perbicaraan akan dijalankan di mahkamah dan keputusan akan memihak kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang, beliau berkata bahawa beliau telah mengumpul semua perkara yang perlu yang akan memihak kepada kami.
Beliau berkata sedemikian di perasmian program khas Hari Pekerja anjuran Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Dewan Bandaran yang terletak di Taman Tasek di sini pada jam 10.00 pagi semalam.
Beliau berkata dalam ucapannya, hari ini 80 peratus majikan menyokong penuh dan bekerjasama dengan Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan. 10 peratus daripadanya adalah jumlah yang baik. 5 peratus adalah buruk dan 5 peratus lagi lebih teruk. Mereka enggan mendengar apa-apa pun.
Datuk G. Shankaran percaya, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang akan terus memperjuangkan kebajikan pekerja ladang untuk memenuhi keperluan mereka sepenuhnya.
Dalam majlis ini, lebih 250 orang termasuk Anggota Badan Induk Sumber Manusia Negeri Kedah, Hal Ehwal Sosial India, Cina, Siam, Jabatan Pergerakan Bukan Kerajaan Wong Chia Sen, Penolong Presiden Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan Veeran, Setiausaha Kewangan Negara S. Neminathan, Ketua Cawangan Kedah, Perlis Negeri Pulau Pinang K. Ganesan, ASP Vasu Kuppusamy dari pejabat Ketua polis daerah Kulim , pegawai Perkeso dari daerah Kulim dan Kuala Muda menyertainya.