Johor Bahru, Jun-
Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki terbabas sehingga merempuh pagar Istana Besar di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu kereta berusia 25 tahun yang memandu berseorangan terbabas akibat permukaan jalan yang licin.
“Kereta dipandu lelaki itu terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain.
“Kita juga mendapati, pemandu kereta itu tidak berada dalam keadaan mabuk dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, tiada kecederaan dialami pemandu terbabit dan lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.





















