Kuala Lumpur, Jun-
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir gereja di Jalan SS 25/23 dekat Taman Plaza di sini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussein Sollehuddin Zolkifly berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.46 malam.
“Kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berumur 30-an yang ketika itu dalam perjalanan dari Subang Jaya ke Kelana Jaya.
“Berdasarkan keterangan awal, individu berkenaan menyatakan dia tersalah jalan dan secara tiba-tiba kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, kemalangan berlaku hanya melibatkan kerosakan harta benda dan tiada individu lain terlibat dalam kejadian.
“Pemandu SUV berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.