Lelaki didakwa bunuh ibu kandung

Ipoh, Jun-
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, dua minggu lalu.

Tertuduh, S.Sugan, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian S.Indra, 60, di sebuah rumah di Dataran Tanah Timur 5, Taman Restu Jaya di sini, antara jam 1 pagi hingga 9.30 pagi, 12 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Media sebelum ini melaporkan, polis mengklasifikasikan semula siasatan kematian seorang wanita berusia 60 tahun yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Mujur, dekat Bercham sebagai kes bunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here