Lelaki bawah pengaruh dadah kelar OKU

Kuala Lumpur, July-
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) cedera parah setelah lehernya dikelar oleh seseorang yang berada bawah pengaruh dadah di Kluang semalam.

Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 32 tahun itu dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan kini dalam keadaan stabil.“(Mangsa dikejarkan ke hospital) dengan luka panjang di leher sebelah kiri dan di bahagian hadapan kanan leher,” katanya, lapor Berita Harian.

Bahrin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 1.50 tengah hari mengenai kejadian seorang lelaki dikelar lehernya di depan sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat.Beliau berkata, suspek berusia 45 tahun itu kemudian berjaya ditahan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Bersatu pada 6.17 petang hari yang sama.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan kes jenayah dan narkotik.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya.

Bahrin berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan motif kejadian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here