Kuala Lumpur, July-
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan misi larian solonya selama empat hari selepas tiba di Parlimen Malaysia tepat jam 9.30 pagi pada Isnin.
Ahli Parlimen Muar itu menyambung larian pagi ini dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC jam 8.45 pagi bagi menamatkan larian ‘Langkah Muar’ sejauh 200 kilometer bermula dari Jambatan Muar pada Jumaat.
Objektif utama larian itu adalah bagi menuntut peruntukan ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal seperti yang diperoleh oleh ahli Parlimen kerajaan.
Sebelum ini Syed Saddiq berkata, larian itu turut diadakan bagi mengutip dana RM100,000 bagi kegunaan Pusat Khidma Masyarakat Parlimen Muar beroperasi membantu rakyat memerlukan.





















