Keropok beracun: kanak-kanak maut

Kulim, Julai-
Seorang daripada dua beradik yang disyaki termakan keropok mengandungi racun meninggal dunia, hari ini.

Menurut sumber daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, mangsa Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Pegawai penyiasat dalam perjalanan ke hospital dan maklumat lanjut boleh dapatkan di bilik mayat HPP,” kata sumber.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kematian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini, media melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Difahamkan kini Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HPP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here