14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat

Kuala Lumpur, Julai-

Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata laluan tersebut ditutup bermula 8 pagi tadi bagi melancarkan perjalanan kenderaan diraja dan orang kenamaan yang hadir pada istiadat itu.
“Apabila masa ketibaan (tetamu diraja dan orang kenamaan) jalan itu ditutup, dan ia dibuka semula apabila majlis (istiadat pertabalan) tamat.

“Situasi yang sama juga dibuat ketika Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini,” katanya pada sidang media di pekarangan Istana Negara di sini, hari ini.

Hari ini 14 jalan raya sekitar ibu negara ditutup secara berperingkat bermula 8 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.alan terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

Mohd Yusri berkata 1,250 pegawai dan anggota terdiri daripada pegawai dan anggota dari JSPT digerakkan bagi penugasan mengiringi orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya sepanjang acara sempena istiadat itu yang bermula Khamis lepas hingga 27 Julai ini.

Beliau berkata 378 anggota ditugaskan hari ini bagi membantu kelancaran upacara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Istana Negara di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here