Remaja diberi RM20 selepas dicabul seorang lelaki

Gombak, Jan 9.
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki mencabul seorang remaja dalam kejadian di sebuah rumah dekat Batu Caves di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 13 tahun disapa suspek yang bermotosikal ketika sedang berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata suspek berusia 41 tahun itu kemudian mengajak mangsa menaiki motosikalnya dan membawa mangsa ke rumahnya yang terletak sekitar 700 meter dari kediaman remaja lelaki terbabit.

Mangsa kemudian dicabul sebelum melarikan diri pulang ke rumahnya selepas suspek memberikan wang sebanyak RM20.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here