Kuala Lumpur, Julai-
Dalam meneruskan mercu tanda penting ulang tahun yang ke-30, Indah Water
Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menjalankan program Perantis IWK, satu program khusus buat graduan baru dan siswazah tahun akhir, yang berminat dengan kelestarian alam sekitar serta pembangunan insaniah.
Dengan kerjasama NK Communications PLT, program ini bertujuan untuk memperkasakan golongan belia dan mendorong mereka ke arah kemampanan alam sekitar, dengan menyediakan kemahiran insaniah dan nilai-nilai kepimpinan, di samping belajar untuk mencipta kempen media sosial yang menjadi salah satu komponen komunikasi penting dalam kerjaya mereka.
Program yang berlangsung selama lima hari ini telah menggabungkan aspek teori, praktikal,kemahiran kerja berkumpulan, dan latihan fizikal. Dikendalikan oleh Pengarah NK Communicationyang juga Juruhebah Radio dan Hos TV, Natalie Kniese, bersama jurulatih bertauliah HRDF yang jugaPerunding Imej Profesional bertauliah (CPIC) Lalitha Muthusamny, kesemua peserta telah melalui pembelajaran teori dalam bilik darjah, dan juga penerapan aspek praktikal bagi memahami proses rawatan kumbahan.
Di majlis penyampaian hadiah bagi peserta terbaik Program Perantis IWK, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Narendran Maniam dalam ucapannya berkata, “program ini bukan sahaja untuk meraikan tiga dekad perkhidmatan IWK, tetapi juga bermatlamat untuk membangunkan modal insan di samping memupuk minat dalam memelihara kelestarian alam sekitar.”
“Kami percaya program Perantis IWK dapat membantu memperkasakan golongan muda serta memberi peluang kepada mereka untuk bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Saya berbanggadengan komitmen dan usaha yang ditunjukkan oleh semua peserta,” katanya.
Menurut beliau, program Perantis IWK merupakan salah satu cabang inspirasi daripada inisiatiftanggungjawab sosial korporat IWK, yang digelar IWK Cares, bertumpu kepada tiga tonggak utama – alam sekitar, komuniti dan pendidikan.
Kesemua peserta Perantis IWK bukan sahaja melalui latihan yang disediakan tetapi juga, mereka telahbersaing untuk merebut tiga hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM1,000.00 seorang dan peluang pekerjaan atau latihan industri di IWK. Kumpulan terbaik dimenangi oleh Purrfect Duo yang dianggotai oleh Lew Bay Sin dan Naida Sofea binti Mohd Noorhazli. Selain itu, Networker Terbaik dimenangi oleh Irwan bin Ibrahim manakala kumpulan yang memenangi aktiviti Cabaran Fizikal ialah IWK Youth, terdiri daripada Eng Jin Cherng, Irwan bin Ibrahim dan Alia Nurmaisarah binti Hairil Anuar.
Proses penilaian akhir telah dijalankan oleh panel yang terdiri daripada Ketua Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan IWK, Encik Taufik Salleh; Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Puan WanEsuriyanti Wan Ahmad; Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia dan Modal Insan IWK, Encik AzhanMohd Lazim dan Pengarah Urusan NK Communication PLT, Cik Misha Shah.
Pemenang Perantis IWK, Lew Bay Sin dan Naida Sofea binti Mohd Noorhazli berkata, dengan latihanserta kemahiran yang telah dijalankan, program ini telah membuka pengalaman baharu kepada semua peserta.
“Bukan sahaja kami dapat menimba banyak pengetahuan mengenai sistem pembetungan, tetapiprogram ini telah dijalankan secara percuma. Kami merasa amat bertuah kerana mendapat peluang sebegini dan saya amat berharap agar pihak IWK dapat meneruskan Perantis IWK lagi bagi tahun-tahun akan datang, agar lebih ramai generasi muda mendapat manfaatnya,” katanya.

















