Sijil palsu: KPT buat laporan polis

Putrajaya, Ogos-
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan segera membuat laporan polis berkaitan dakwaan penjualan sijil akademik dari peringkat sekolah hingga pengajian tinggi seperti dilaporkan akhbar tempatan semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata langkah ini mencerminkan keseriusan KPT yang tidak berkompromi dalam memastikan tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) atau individu yang didapati terlibat.

“Saya ingin mengingatkan kepada IPTS dan IPTS agar tidak membenarkan kegiatan seumpama ini daripada terus berlaku kerana ia akan mengelirukan orang ramai dan merosakkan imej institusi universiti.

“KPT akan terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here