Treler terbabas sebelum terbakar, pemandu cedera

Kuala Lumpur, Ogos-
Seorang pemandu treler cedera selepas kenderaan dipandunya itu terbabas sebelum terbakar di Jalan Duta, berhampiran Plaza Tol Duta menghala ke pusat bandar, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata siasatan awal dilakukan mendapati, kemalangan itu berlaku apabila treler terbabit hilang kawalan sebelum terbalik.

“Kemalangan itu menyebabkan kebakaran pada treler berkenaan yang kemudian dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pemandu treler terbabit dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here