9 tahun ‘berjalan itik’ kerana penyakit

Tumpat, Sep-
Bermula dengan sukar berjalan normal, keadaan Hayati Ibrahim dari Kampung Gerong di sini, semakin teruk apabila dia juga tidak mampu bertutur dengan baik.

Keadaan itu berlaku secara tiba-tiba sejak sembilan tahun lalu dan kini Hayati, 48, terpaksa bergerak dengan ‘berjalan itik’ kerana sarafnya gagal seakan gagal berfungsi dan pergerakannya hanya dilakukan secara duduk.

Tidak hanya Hayati, dua anaknya juga turut mempunyai simptom sama dan namun masih mampu berjalan meskipun dengan terketar-ketar.

Hayati berkata, sejak suaminya meninggal dunia tujuh tahun lalu, dia bergantung kepada tiga anaknya.

“Saya mempunyai tujuh anak tapi empat daripadanya diserahkan kepada orang kerana saya tidak mampu disebabkan keadaan fizikal sebegini serta kekangan kewangan.

Hayati berkata, dia dan dua anaknya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 setiap orang namun ada ketikanya tidak mencukupi menyebabkan dia sering keluar untuk meminta sedekah di bandar Kota Bharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here