54 hari tinggal dengan mayat ibu

Jakarta: Seorang lelaki di Bali, Indonesia sanggup tinggal bersama mayat ibunya selama 54 hari. Portal Kompas melaporkan, Putu Sugiarta, 53, bertindak begitu kerana mahu menunaikan wasiat dan amanat terakhir ibunya, Wayan Terpi, 96.

Ketua Polis Seiririt, Juli mengesahkan Watan Terpi meninggal dunia pada 3 November lalu. Alasannya menunaikan wasiat si ibu yang meminta ‘dirawat’ empat bulan jika meninggal dunia tanpa membabitkan keluarga lain kata Ketua Polis Seririt, Gede Juli.

Sugiarta dipercayai menggunakan ais dalam jumlah yang banyak untuk mengawet mayat ibunya supaya tidak berbau dan rosak. Jiran dan keluarga terdekat serta penduduk setempat mula curiga kerana sudah lama tidak melihat Wayan, keluar rumah.

Mereka terkejut apabila mengetahui wanita itu meninggal dunia, hampir dua bulan lalu. Penduduk kemudian meminta Sugiarta mengebumikan mayat ibunya, namun permintaan itu ditolak, malah dia berkeras kerana mahu mengikut wasiat.

“Disebabkan ada perbezaan pendapat, penduduk akhirnya melaporkan kepada polis supaya mayat itu segera dikebumikan,” kata Juli. Polis yang menerima laporan itu pada Khamis, datang ke rumah Sugiarto.

Selepas berunding, lelaki itu akhirnya akur untuk mengebumikan ibuya. Media melaporkan urusan pengebumian dilakukan pada Ahad. Polis sempat melakukan pemeriksaan terhadap Sugiarta tetapj tidak menemukan tanda-tanda kekerasan terhadap mangsa atau perkara mencurigakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here