Kuala Lumpur, Sep-
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang dan Johor Bahru, Johor, dipercayai didalangi seorang penjawat awam, baru-baru ini.
Sindiket terbabit tumpas menerusi 10 siri serbuan dalam dua operasi berasingan iaitu Ops Telomian di Lembah Klang dan Ops Tosa di Johor Bahru pada Khamis dan Jumaat lalu.
Keseluruhan, 10 suspek termasuk tiga wanita dengan dua daripada suspek adalah warga Thailand terdiri daripada seorang lelaki dan wanita, ditahan dalam dua operasi berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin, berkata menerusi dua operasi itu, pelbagai dadah antaranya syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM2 juta turut dirampas.