Rangka manusia dalam loji kumbahan

Kota Tinggi, Sep-

Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, berkata, laporan berhubung penemuan tulang manusia itu diterima pada Ahad, oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit.

Menurut beliau, selepas menerima laporan tersebut polis daerah Kota Tinggi bersama Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan menjumpai kain pelekat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.”Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar membantu mengeluarkan rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di tengah-tengah mesin kisar tapis sampah itu.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here