Kuala Lumpur, Okt
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam, mula berkuat kuasa hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi media sosial, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan TERMASUK rokok elektronik.Akta 852 diwartakan pada Februari lalu pada mulanya diumumkan akan dilaksanakan pada Jun dan kemudiannya ditangguhkan pada Ogos.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah KKM mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah sejajar usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.
Dr Dzulkefly berkata, kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun, sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.