Perang Mulut, Lelaki Dibunuh

Seorang lelaki maut dipercayai bergelut dengan rakan sebiliknya di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Melur, di sini, malam tadi.

Kejadian yang dilaporkan ini berlaku sekitar jam 9 malam, mangsa yang berusia 30-an dipercayai bergaduh dengan suspek selepas minum bersama.

Perang mulut dipercayai bertukar ganas dan mangsa dijumpai rebah di ruang tangga di tingkat atas rumah sewa mereka.

Polis mengambil keterangan beberapa penyewa bagi mendapatkan butiran kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here