Polis Trafik Melaka tangani kesesakan lalu lintas waktu puncak dengan ‘Jammed Squad’

Melaka. Okt-
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mewujudkan pasukan khas ‘Jammed Squad’ bagi menangani isu kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Ketua JSPT IPK Melaka, Superintendan Roslan Mohamed@Ab Aziz berkata, pasukan khas itu digerakkan bermula Sabtu lalu bagi membantu pengguna jalan raya yang melalui laluan yang kerap berlaku kesesakan serta mengurangkan kadar kemalangan di lokasi.

“Pemantauan kesesakan lalu lintas di jalan utama negeri akan dijalankan dalam dua sesi pada Isnin hingga Jumaat mulai jam 7 pagi hingga 8 pagi dan jam 4.45 petang sehingga 6.45 petang, manakala hari minggu dan cuti umum bermula 10 pagi hingga selesai.

“Saya berharap pengguna jalan raya dapat memberikan kerjasama kepada anggota bertugas, tidak melakukan kesalahan dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya dihubungi di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here