Kuala Lumpur, Okt-
Beberapa kawasan sekitar di Jalan Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Keramat, Ulu Kelang dan Lebuhraya MRR2 dinaiki air akibat hujan lebat sejak jam 9 pagi tadi.
Kejadian banjir dikesan berlaku di Jalan AU3 dan Jalan AU2, Taman Keramat; LLebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Ulu Kelang.
Banjir dipercayai berlaku akibat limpahan air dari Sungai Klang, bersebelahan Lebuhraya MRR2. Kesesakan teruk berlaku selepas sebahagian besar pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka daripada melalui arus banjir.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dilihat mengawasi laluan yang dinaiki air selain memberikan amaran banjir kepada penduduk di kawasan perumahan berhampiran.
Bagaimanapun, air dilihat mulai surut sekitar jam 11.00 pagi tadi, dan beberapa kawasam pada masa ini hujan lebat dan dikhuatiri akan berlaku semula banjir menurut BH.