Ban di Pantai Seri Sentosa, Sekinchan pecah akibat air pasang besar

Sabak Bernam, Okt-
Fenomena air pasang besar menyebabkan ban di Pantai Seri Sentosa, Sekinchan pecah.

“Paras air pasang di kesemua kawasan ini masih terkawal.”Kami juga menasihatkan penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah buruk dan segera menghubungi pihak bomba,” kata Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani.

Beliau berkata berkata pihaknya sedang membuat pemantauan di kawasan titik panas itu.  nya ketika dihubungi, hari ini.

Selain Pantai Seri Sentosa, terdapat tiga kawasan di bawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan iaitu Bagan Sekinchan, Pantai Redang dan Pantai Batu 23 Sungai Nibong.

Sementara itu, di BBP Sabak Bernam pula, Samsol Maarif memaklumkan tujuh kawasan dipantau bomba bermula jam 5 hingga 7.30 pagi.”Kawasan itu adalah Bagan BNO, Bagan Sungai Lang, Bagan Parit Baru, Bagan Teluk Rhu, Sungai Air Tawar, Tebuk Mendeling dan Beting Kepah.

“Berdasarkan laporan, terdapat limpahan air berlaku di kawasan perumahan penduduk namun masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here