PERKESO buru majikan culas daftar, carum pekerja asing

Kuala Lumpur, Nov-
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengaktifkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024, semalam bagi memburu majikan yang culas mendaftarkan dan mencarum pekerja asing.

Ops Kesan membabitkan sekitar 300 pegawai PERKESO daripada 54 pejabat seluruh negara itu turut membabitkan ekspatriat dan pekerja domestik yang layak bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata selepas meneliti data daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih ramai lagi pekerja asing yang mempunyai pas lawatan yang sah, tetapi belum berdaftar dengan PERKESO.

“Dari segi statistik jumlah pekerja asing yang mempunyai pas lawatan sah lebih daripada 2.4 juta, tetapi yang berdaftar dengan PERKESO kurang daripada dua juta.
Kita berasakan Ops Kesan perlu diadakan berdasarkan statistik PERKESO sehingga 30 September hanya sekitar 88 peratus sahaja pekerja asing di Malaysia yang berdaftar dengan PERKESO.

“Bagi pekerja domestik asing pula sekitar 59 peratus. Masih ramai lagi pekerja asing yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan sosial.

Jika berlaku kemalangan ataupun kecederaan mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan,” katanya pada sidang media Pelancaran Ops Kesan Pekerja Asing, di Menara PERKESO di sini, semalam.

Beliau berkata, ramai pekerja asing yang dibawa masuk menggunakan pas lawatan daripada syarikat tertentu, tetapi mereka tidak bekerja dengan syarikat yang diberi kelulusan, sebaliknya bekerja dengan syarikat lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here