Kereta terbabas ke jurang – 1 maut, 3 cedera!

 

Shah Alam, Nov-
Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta mereka naiki terbabas ke jurang sedalam dua meter di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Darah, di sini, semalam.

Semua mangsa adalah warga Indonesia yang menaiki kereta Proton Persona.

Jurucakap Bomba berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.02 pagi. Menurut laporan awal, terdapat empat mangsa di dalam kereta itu. Pemandu lelaki berusia 45 tahun meninggal dunia di lokasi dan dibawa keluar oleh rakannya.

“Tiga lagi penumpang iaitu wanita berumur 21 tahun serta dua lelaki masing-masing 27 dan 31 tahun cedera ringan,” katanya ketika dihubungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here