Putrajaya,Nov-
Tiada kenaikan harga makanan 5% di semua restoran mamak tahun depan termasuk di Johor, kata Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).
Presiden Presma Jawahar Ali Taib Khan, berkata demikian selepas pertemuan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Katanya, laporan media memetik Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Johor, Hussien Ibrahim, sebelum ini disalah petik, justeru menimbulkan salah faham.
“Apa kita bincang dengan KPDN kita beritahu muktamad tiada kenaikan dalam masa terdekat di Johor dan semua restoran India Muslim.“Kenyataan (dikeluarkan) itu mungkin tersasul sebab panggilan telefon dibuat sewaktu dia (Hussien) sedang memandu kereta. Dia pun bukan pemilik restoran dan hanya setiausaha persatuan tersebut,” katanya kepada FMT.
Jawahar berkata, pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa, Shamsul Nizam Khalil berlangsung 30 minit.
Turut hadir, peguam Presma, Habizan Habeeb Rahman dan Bendahari Persatuan Usahawan India Muslim Johor, Ajim Nasir Khan.
Sebelum ini, media melaporkan 300 restoran mamak di Johor dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula 5% mulai tahun depan.