Padah muat naik video serbuan Imigresen di TikTok

Kuala Lumpur,Nov-
Tindakan seorang lelaki warga Indonesia merakam video operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum memuat naik di aplikasi sosial TikTok akhirnya menjerat diri apabila ditahan pada Jumaat.

Serbuan JIM Kuala Lumpur yang bermula jam 12.15 tengah malam di sebuah flat di Segambut itu berjaya menahan 51 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI).

Semasa serbuan hampir berakhir bagi membawa PATI masuk ke dalam lori JIM, lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah merakamnya dengan kapsyen agar rakan-rakannya yang melakukan kesalahan imigresen untuk berhati-hati.

Seorang lelaki warga Indonesia (tengah) ditahan gara-gaPada awalnya perbuatan lelaki itu telah disedari pegawai operasi dan ditegur agar tidak melakukan tindakan sedemikian, namun dia berdegil dan terus merakam.

Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here