Kerajaan Madani terus dengar suara rakyat – Mohamad Sabu

Kuala Lumpur, Nov-
Kerajaan Madani akan sentiasa mendengar suara rakyat dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berpaksikan kepada keperluan dan kebaikan rakyat, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun kerajaan Madani, namun mengakui terdapat ruang bagi penambahbaikan dengan kementerian pimpinannya akan terus komited memperbaiki dan belajar.

“Dua tahun mungkin terasa singkat tetapi ia tempoh yang penuh dengan cabaran, pembelajaran dan kejayaan. Kerajaan Madani dibina atas asas perpaduan, keadilan, ketelusan dan kepedulian kepada rakyat.

“Dalam tempoh ini, kita telah sama-sama berusaha memastikan agenda ini dilaksanakan dengan penuh rahmah dan amanah. Perjalanan kita masih jauh. Kerajaan Madani bukan sekadar slogan tetapi sebuah perjuangan untuk mencipta Malaysia yang lebih baik untuk generasi sekarang dan masa depan,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohamad yang juga Presiden Amanah menyeru semua pihak untuk bersama-sama menjayakan agenda Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, berdaya saing dan dihormati di mata dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here