Kuala Lumpur, Nov-
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.
Beliau berkata jasa dan karya Allahyarham bukan sahaja menjadi warisan seni tetapi juga pengikat perpaduan dalam masyarakat.
Tan Sri Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna. Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya.
“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisiNya, Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
























