Kuala Berang, Nov-
Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas kediaman mereka di Kampung Bukit Apit di sini dihempap tanah runtuh petang tadi.
Susulan insiden tanah runtuh dipercayai jam 4.30 petang, dua mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, masing-masing ditemukan jam 6.32 petang dan 6.59 petang.
Sementara mangsa yang terselamat Uzair, 17, ditemukan jam 5.17 petang.
Terdahulu media melaporkan tiga mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Terengganu.
Danial adalah jiran kepada tiga beranak yang dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang dipercayai berlaku jam 4.30 petang tadi.
Insiden itu menghempap tiga rumah iaitu sebuah rumah yang didiami semua mangsa dan dua rumah yang sedang dalam pembinaan.





















