Anggota tentera maut ditembak

Kuching, Sep-
Seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan di kawasan hutan di Song dalam Bahagian Kapit, maut terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram awal pagi, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa yang berpangkat Koperal berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kapit, pada jam 7.43 pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan lanjut dan polis melancarkan gerakan memburu suspek yang melepaskan tembakan itu.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song itu pada jam 5.57 pagi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here