Kuala Lumpur, Dis-
Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mercedes Benz 450 ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu, pemandu berusia 34 tahun yang juga warga tempatan itu dikesan merempuh sebuah motosikal selepas keluar dari Plaza Tol Chan Sow Lin di Lebuhraya SPE.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata pemandu kereta terbabit dikesan tidak berhenti selepas kenderaannya merempuh sebuah motosikal ditunggangi lelaki tempatan berusia 34 tahun.
“Kereta SUV itu kemudiannya dikesan di Plaza Tol Wangsa Maju (Lebuhraya SPE) selepas berhenti kerana mengalami kebakaran bermula dari bahagian bonet hadapan kereta.
“Kita percaya kebakaran berlaku akibat kesan daripada pelanggaran kereta terbabit dengan penunggang motosikal,” katanya.
























