Melaka, Dis-
Buaya tembaga 400 kilogram (kg) dan sepanjang 430 sentimeter ditangkap di Melaka.
Buaya besar yang menimbulkan kerisauan penduduk di Klebang sejak beberapa bulan lalu akhirnya berjaya ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Sungai Malim, Pulau Gadong sini pada malam Rabu.
Pengarahnya, Petra Sulai berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk membawa naik reptilia jantan seberat itu ke atas darat. Reptilia itu yang dianggap saiz dan panjangnya seperti sebuah van.
Menurutnya, operasi tangkapan yang bermula pada jam 6 petang sebelum berakhir pada jam 12 tengah malam menggunakan kaedah tanjur serta dibantu kakitangan yang lebih 30 tahun berpengalaman dalam menangkap buaya.
“Ini merupakan buaya keempat yang ditangkap pada tahun ini di lokasi yang sama dan merupakan reptilia terbesar pernah kita tangkap pads tahun 2024 katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.