3 Penuntut IPT ditahan kerana pukul pelajar beramai-ramai

Kuala Lumpur, Dis-
Lagi kejadian pelajar universiti dipukul beramai-ramai dengan kes baru berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar, Parit, Perak.

Susulan itu, tiga pelajar ditahan dalam kejadian pada Ahad lalu.Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah, berkata penahanan remaja berusia 18 hingga 20 tahun dibuat selepas menerima laporan bapa mangsa, pada Selasa.

Beliau berkata, dalam laporan itu, bapa mangsa mendakwa anaknya berusia 18 tahun telah dipukul beramai-ramai oleh rakan kuliah di asrama IPT terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, luka, dan bengkak kening kanan, lebam di tangan dan kaki kiri serta kesan merah di perut, dan tengkuk.

“Polis dimaklumkan mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan berada keadaan stabil,” Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati, kejadian berlaku berpunca daripada selisih faham dan provokasi antara mereka di bilik asrama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here