KPDN umum 14 barang terkawal!

Kuala Lumpur, Dis-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan penguatkuasan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 membabitkan 14 barang selama lima hari bermula Isnin ini.

Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata barang berkenaan meliputi ayam tua hidup (di Sarawak sahaja), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import China dan babi hidup (peringkat ladang sahaja).

Katanya, penguatkuasaan kawalan harga maksimum bagi kepak ayam, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) memfokuskan kepada bekalan di Sabah, Sarawak serta Labuan sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here