Lemas ketika memancing – Mayat 2 beradik ditemui

Bacok, Jan-
Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang juga mangsa lemas membabitkan dua beradik di Sungai Kampung Kubang Telaga, di sini ditemui pagi ini selepas lebih 16 jam dilaporkan hilang.

Mayat Muhammad Asadullah Zehan ditemui jam 9.45 pagi tadi, lebih 12 jam selepas arwah abangnya, Muhammad Amirul Mukminin, 17, yang turut lemas ditemui malam tadi.

Kedua-dua mereka dilapor lemas ketika memancing di sungai berkenaan petang semalam. Komander Operasi Kanan Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa selepas operasi selaman dijalankan bermula 9.29 pagi.

Bapa mangsa, Zehan Mohamed, 47, berkata sebelum kejadian Muhammad Asadullah ada meminta kebenaran untuk mengikut abangnya memancing di sungai berkenaan. Katanya, anak sulung dan anak keduanya itu bersama seorang lagi rakan Amirul, Ahmad Faezie Fauzi, 17, ke lokasi berkenaan terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Saya ke masjid untuk solat Asar…. selepas balik saya dikejutkan berita dua anak lemas dan menurut rakan anak (Faezie), anak sulung saya terjun nak selamatkan adiknya yang tergelincir dan jatuh ke dalam salah satu lubang pada titi sungai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here