Unit kondo hangus terbakar

Kuala Lumpur, Jan-
Satu unit kondominium di tingkat 22, di Kenangan Point Condo, Jalan San Peng di sini, hangus dijilat api semalam.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada MERS 999 pada jam 10.01 malam.

Susulan itu, seramai 24 pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian bersama beberapa jentera. “Komander Operasi Kanan, Mohd Suhaimi Mohd Razali memaklumkan setibanya pasukan di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat 22 dengan keluasan 20×40 kaki persegi mengalami kemusnahan 100 peratus.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan kaedah pemadaman secara offensive dan defensive bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,” katanya dalam kenyataan .

Katanya, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.27 malam dan tiada mangsa terbabit dalam insiden itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here