Kenaikan tarif elektrik hanya babit industri – PM Anwar

Kuala Lumpur, Feb-

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan tarif eletrik bagi industri bukan kepada negara atau rakyat.

Jelasnya, kenaikan tarif berkenaan melibatkan industri dan golongan kaya mengikut kaedah Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) mulai Julai.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diutarakan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai kenaikan tarif elektrik bakal berlaku pada bulan Julai depan.

Menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mendakwa kerajaan bertindak secara ‘flip flop’ dalam isu kenaikan tarif elektrik, Perdana Menteri berkata, beliau menyatakan perkara itu dengan jelas, yang mana kadar kenaikan itu tidak akan membabitkan 85 peratus rakyat.

Perdana Menteri berkata, kadar kenaikan yang dinyatakan beliau dalam satu majlis semalam adalah maklum balas kepada ucapan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Ng Yih Pyng, berhubung kenaikan tarif kepada industri.

“Saya beri maklum balas kepada permohonan beliau. Bukan kepada negara, bukan kepada rakyat.

“Saya kata, kenaikan itu pun tidak sampai 14 peratus seperti diumumkan, maknanya saya respon kepada industri kerana kenaikan tarif ini kepada industri dan golongan maha kaya.

“Kalau tidak cukai pada orang kaya, nak tambah peruntukan untuk sekolah, hospital, dari mana wangnya? katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here