MRSM – Bekas tentera mula khidmat sebagai warden

Kuala Lumpur, Ogos-

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memulakan projek rintis menempatkan warden bekas tentera di asrama pelajar sebagai inisiatif penting menangani keganasan dan buli di institusi itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata warden berkenaan sudah memulakan tugas di MRSM Balik Pulau dan MRSM Besut.

Sekiranya program itu menerima kesan baik, pihaknya akan memperluaskan perkhidmatan itu di 57 MRSM seluruh Malaysia.

“Ia adalah projek rintis enam bulan sebagai inisiatif penting menangani isu buli yang wajib dibanteras dan memutuskan rantaian ganasnya.

“Jika kesannya positif, MARA akan memperluaskan insiatif ini di keseluruhan 57 MRSM,” katanya dalam perkongsian di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi mengakui bebanan tugas guru tidak memungkinkan mereka melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai warden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here