Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun

Jumlah mangsa banjir di dua negeri Pantai Timur semakin berkurangan pagi ini dengan hanya 3,408 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Di kelantan, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 2,730 orang daripada 836 keluarga di 10 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat, berbanding 3,308 orang daripada 1,022 keluarga malam tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawang turut melaporkan semua sungai utama di negeri itu berada pada paras biasa.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerima dua kawasan di Tumpat dan empat di Pasir Mas masih belum menerima bekalan elektrik berikutan penutupan bekalan susulan bencana itu.

Di Tumpat, kawasan terlibat ialah Pulau Dolah dan Pantai Suri 1-2, manakala di Pasir Mas ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Pengkalan Rakit, Jabatan Pengairan dan Saliran Bakat 2, Terusan dan Gertak No 3.

Di Terengganu  pula menyaksikan hanya 678 mangsa daripada 232 keluarga masih berada di empat PPS di negeri itu berbanding 926 mangsa daripada 285 keluarga pada 8 malam tadi, dengan hanya daerah Hulu Terengganu yang masih terjejas banjir dan operasi pembersihan yang dilakukan ketika ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati kerana masih ada amaran hujan di beberapa kawasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here