Bagan Datuk, Feb –
Hari pertama persekolahan hampir mencetuskan suasana cemas apabila seekor biawak memasuki sebuah bilik kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Sumun di sini pada Isnin.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk, Kapten Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada guru sekolah yang menyedari kehadiran haiwan tersebut pada jam 12.56 tengah hari.
Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota seramai empat orang bersama jentera ke lokasi berkenaan untuk menangkap haiwan tersebut.
“Setelah tiba di lokasi, anggota mendapati terdapat seekor biawak yang cedera berada di dalam sebuah bilik kelas di tingkat dua bangunan sekolah berkenaan.
Mohd Fazly berkata, ketika kejadian tiada pelajar di dalam kelas kerana kesemua mereka sedang menjalani aktiviti orientasi yang disediakan oleh pihak sekolah.