Kuala Lumpur, Feb-
Seramai 10 tokoh Islam daripada 25 ahli dilantik dalam Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni).
JK Harmoni dalam kenyataan, berkata wakil Buddha dan Kristian masing-masing mempunyai empat tokoh; dua tokoh masing-masing dari Hindu dan Tao; serta masing-masing satu tokoh dari Sikh, Bahai, dan UNIFOR Sarawak.
Katanya, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata jawatankuasa berkenaan merupakan platform membincangkan mengenai usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama, dan budaya di Malaysia.
Aaron berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program berbentuk dialog antara agama dan pendidikan, mengenai pentingnya menghormati kepercayaan orang lain, dan menggalakkan aktiviti sosial melibatkan pelbagai komuniti agama.
“Ini bertujuan memupuk rasa saling memahami dan menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia. Aaron berharap agar program Jejak Harmoni dapat dilaksanakan di semua negeri sebagai usaha meningkatkan keharmonian dalam kalangan penganut agama di Malaysia,” menurut kenyataan itu.


















