Melihat anak bulan Ramadan ditetapkan petang 28 Februari

Kuala Lumpur, Feb-
Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk perisytiharan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam di negara ini ditetapkan pada 28 Februari ini bersamaan 29 Syaaban 1446H.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Pada malam hari sama, katanya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh awal Ramadan melalui siaran radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Jumaat, 28 Februari 2025 bersamaan 29 Syaaban 1446H,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here