Setiap tahun lebih 10,000 pesakit baharu mulakan dialisis!

Shah Alam, Feb-
Trend individu yang didiagnosis dengan penyakit buah pinggang kronik meningkat setiap tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata “Statistik terkini menunjukkan 10,000 pesakit baharu memulakan dialisis setiap tahun dan dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040 . Statistik pula berkata 50,000 individu dengan penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) menjalani dialisis kronik pada tahun 2023 diikuti lebih.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan forum ‘Living Well With CKD: Empowering Knowledge and Community Support’ sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 di sini.

Dr Nor Azimi berkata semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kesedaran mengenai penyakit buah pinggang berjaya disampaikan ke peringkat akar umbi.

Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam mencapai matlamat mengurangkan bilangan pesakit buah pinggang kronik (CKD) yang semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), Dr T.Thiruventhiran berkata pihaknya akan terus menyokong usaha KKM untuk membangunkan strategi berkesan mencegah, mengesan dan merawat pesakit buah pinggang.

“Mengatasi penyakit buah pinggang kronik memerlukan pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai sektor, jika bekerjasama kita akan dapat mencapai kemajuan dalam mengurangkan beban pesakit sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“NKF komited terus menyokong dasar kerajaan dan berganding bahu dengan semua pihak bagi meningkatkan tahap kesihatan buah pinggang di negara kita secara amnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here