Ramkarpal Singh akan bersaing dalam Pemilihan DAP

Kuala Lumpur, Feb-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh akan bersaing dalam perebutan kerusi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada pemilihan DAP bulan depan, manakala bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto akan cuba mempertahankan kerusinya.

Kedua-dua tokoh ini dahulunya dikenali sebagai penyokong setia pengerusi parti, Lim Guan Eng, namun tidak diketahui sama ada mereka telah beralih arah.

Ramkarpal bersama abangnya, Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Damansara dan menteri digital, ialah kumpulan adik-beradik kedua yang akan bertanding untuk menganggotai CEC.

Sepasang lagi adik beradik yang bersaing ialah Guan Eng dan adiknya, Hui Ying, Ahli Parlimen Tanjung dan timbalan menteri kewangan.Guan Eng dan Hui Ying ialah anak veteran DAP Lim Kit Siang, manakala Ramkarpal dan Gobind anak kepada seorang lagi tokoh parti, Karpal Singh.

Ramkarpal mengesahkan keputusannya untuk bertanding kepada FMT, berkata beliau pernah bertanding merebut kerusi CEC sekali tetapi kalah.

Beliau mencipta kejutan pada pemilihan DAP Pulau Pinang September lepas apabila mendapat undi terbanyak dalam kalangan 15 ahli jawatankuasa yang dipilih, mendahului Steven Sim yang akhirnya dipilih sebagai pengerusi. Ramkarpal kemudian menjadi timbalan pengerusi.

Kasthuri, anak kepada  P. Patto yang pernah berjuang bersama Kit Siang dan Karpal pada 1970an dan 80an, berkata beliau mengharapkan DAP jadi lebih inklusif, menyediakan platform untuk semua suara didengari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here